Thursday, July 18, 2013

Berbuka dengan keluarga

Assalamualaikum :)

Sebenarnya Anis beli tiket untuk balik rumah lama dah. Dalam dua minggu sebelum jugak la sebab takut tiket balik kl habis. Al maklum lah sebab nak balik berbuka dengan family lah katakan. Tarikh Anis beli time anis pergi buat MUET hari tu 3 July.
So, Anis balik rumah la kedek kedek lepas Quiz Office Administration tu ha. Err! Susah jugak sebenarnya..sob sob.. *mungkin sebab nak balik, study pun tak berapa nak ada mood. haha!*
Dalam 21 orang budak kelas Anis balik. Haaa! semua nak balik lah berbuka dengan family. Kami kan ala ala budak perantauan gituuu. Anis balik naik satu bas dengan Syida. Syida punya tiket bas double decker. Tapi bas yang sampai, bas biasa bukan double decker. Selalu nya naik bas, main naik je. tak kira dengan nombor seat tu. Dah Syida dapat tiker bas double decker, memang tak ada lah nombor seat dia dalam bas biasa tu. Ada dua seat kosong. Duduk kami berdua dekat situ. Dalam sepuluh minit macam tu, ada pulak owner seat tu datang. Memang kami berangkat duduk single seat dekat belakang. Seat asal Anis. Bas jalan macam biasa, Anis pun nak tarik lah langsir tu. Aishhh lelaki belakang ni. Pegi letak kepala dekat langsir tu pulak. hmmm berpanas lah Anis ni ha. Berbahang pipi kiri saya..
Macam ni lah jadi nya..


Kami berhenti dekat KL Sentral :) Lepas jalan jalan dalam tu,Anis teringat Anis tak bawak bekas nak letak contact lens -.-'' Terpaksa lah beli..hmm



 masa untuk pulang ke rumah. Mari kita berebut untuk naik KTM (Keretapi Tanah Melayu).
Coach wanita tapi ada lelaki dalam tu. Aishhh. Takkan tak nampak logo perempuan comel tu haaaa





Seronok dapat berbuka puasa dengan keluarga :) Lepas isyak bertolak balik ke kampung. Tok tak sihat. Dalam hospital lagi..Kesian sangat tengok tok macam tu... hmm Sampai hospital dalam pkul3 pagi. Memang mamai lahh. Layan Mc'D pulak. Paww abah hehe Abah pun layan pulak kan. Memamng kembang lah anak-anak dia nii hehe Sampai je hospital, makndak pakngah makngah paklang maklang ada duk bersahur dalam bilik tok. bersembang punya sembang, lentok tepi tu duluuu. Bangun bangun tengok nani pun ada dekat sebelah. Mengantuk tahu ?? hmm
Hari sabtu tok discharge. Lepas settle bayaran semua, tok dengan cu naik ambulans. Sebelum tu terdengar driver tu speaking okayy!!! dengan nurse tuuu. *mata bolatttt kejap*. Pakcik tu tua kott. Kaklong kata semua driver kena pandai speaking. Gerak untuk pulang ke rumah makchaq. Sementara tu kejapp...





Sampai je rumah makchaq semua terkejut mana Anis datang. Tak sangka la kott Anis balik pulak minggu puasa ni kan kan? heee.. Lepak belakang rumah kejap. Hujan renyai la katakan..

Ahad Anis balik dengan Murni disebabkan family amik cuti khas pulak Isnin tu. family tak dapat lah tak hantar Anis balik UiTM..

Terima kasih sudi baca :)

No comments:

Post a Comment