Tuesday, May 22, 2012

jururawat persendirian

nadiah sakit peha. Dia cakap ada bisul. Abah punya picit lah bisul tu dekat peha dia. Takut tengok peha dia. Merah besar tapak tangan. Pergi klinik, klinik suruh refer hospital swasta yg terdekat (KPJ DAMANSARA) sebab nadiah ni ada diabetes, so ubat biasa susah sikit nak baik.
Hari rabu pergi hospital. Ibu pun ada appointment time tu. Ibu kena tahan wad. Nadiah ? Petang tu terus kena operate lahh bisul dia tu. Teruk jugak la dia menangis. Takut kena operate. Bengkak bengkak mata dia. Anis ingat malam tu Anis jaga ibu. haha ! Anis jaga nadiah malam tu. Gilir-gilir naik atas turun bawah. Dengan ibu tak boleh bangun nye time tu. Penat jugak la tapi nak buat macam mana. Dari hari Rabu sampai Sabtu, Anis duk kat hospital tu. Khamis tu dah la ada appointment retainer. Nasib lah anis ni ada lesen kereta. Gagahkan jugak la ke hulu ke hilir dengan kereta comel tu. Sakit sangat tengok nurse dressing luka nadiah tu. First ibu tengok, Ibu terus keluar bila nure nak godek godek kat luka tu. hmmm
Tapi nadiah macam okay je. *pelikk =='

Hari niNadiah kena jahit luka dia.
Moga-moga cepat sembuh. aaaminn~
*ada hikmah jugak bhenti kerja. dapat jadi bibik dekat rumah, hospital. Weee~ 

Wednesday, May 9, 2012

Pengalaman bekerja

nak start dari mana pun tak tahu ni.
okay okay Anis try.
hari Sabtu(5 mei) Anis hantar surat resign dekat bos. Walaupun Anis sendiri tahu sepatut nya dua atau tiga minggu sebelum berhenti baru boleh bhenti. Anis tak kira, Anis bagi jugak surat.
Sebelum tu, bos ada cakap "Anis minggu depan awak kerja malam. Awak sampai nak bhenti, tak merasa lagi kerja malam. Esok awak tak dapat cuti (haiyaa ! this week tak cuti ? -.-)"
Anis cakap je lah Anis dengar n Anis tak mengiya kan sebab Anis kan nak bagi surat bhenti.
Nak balik tu, Anis bagi je surat bhenti tu. 
Bos : kenapa pulak nie?  Sebab family awak nak pergi bercuti tu ?
Anis : cuti tu awal bulan6.
Bos : bagi alasan yang kukuh n bagi tarikh yang sesuai.
Anis : buat muka blur (bos lah selalu kata Anis suka buat muka blur), sandang beg n terus keluar.
Anis balik cakap dekat parents, esok tak dapat cuti n bos nak tarikh sesuai bhenti bagai.
Parents pun potpetpotpet..
text bos "esok saya cuti n jumaat last kerja"
bos " it's alright. awak last kerja hari ni. nanti saya susah nak susun jadual".
So, secara rasmi Anis bhenti kerja dah.
Kenapa Anis nak bhenti kerja ? Sebab biasa lah, budak baru mana nak tahu semua perkara dengan masa yang singkat. Anis salah scan pun kena tarik telinga. Ni tarik telinga depan customer tahu ? -.-
Kedua, Anis dapat off hari apa entah. Anis basuh kasut. Lupa pulak nak ikat tali kasut tu. Dengan kalut nya, Anis pergi kerja dengan flat shoes. Sehari tu je Anis pakai flat shoes. Bos nampak, kaki Anis kena pijak. Bukan main main punya. Pijak sungguh-sungguh. Adehh -.-
Staff lain pakai flat shoes, tak kena pun macam tu. Dieorang ada salah scan jugak, tade pun kena tarik telinga.
Ada sekali tu, kena kerja dengan bangla. Dah la susah betul nak bercakap dengan dia. Bos cakap "Anis, awak kena tengok tengok kan dia. Kalau dia short, awak kena potong gaji". (Pulakk dah..)
Macam mana nak tolong tengok kan dia..cerita sikit. cashier sendiri pun tunggang terbalik.hmmm
If tade kena macam tu, Anis kerja situ sampai Anis habis cuti.
Sekarang, Anis duduk rumah jadi suri rumah. Tak ada short. Boleh relaks relaks :)