Saturday, July 27, 2013

Pre Raya GiveAway by Adam Faiz


*klik banner*
Pemilihan pemenang :
  1. Peserta yang mematuhi syarat 1 hingga 7
  2. Top refferal  bakal memenangi Dress tajaan NFHBG
  3. Random.org
  4. Peserta yang selalu alert dengan pengumuman terkini

Thursday, July 18, 2013

Berbuka dengan keluarga

Assalamualaikum :)

Sebenarnya Anis beli tiket untuk balik rumah lama dah. Dalam dua minggu sebelum jugak la sebab takut tiket balik kl habis. Al maklum lah sebab nak balik berbuka dengan family lah katakan. Tarikh Anis beli time anis pergi buat MUET hari tu 3 July.
So, Anis balik rumah la kedek kedek lepas Quiz Office Administration tu ha. Err! Susah jugak sebenarnya..sob sob.. *mungkin sebab nak balik, study pun tak berapa nak ada mood. haha!*
Dalam 21 orang budak kelas Anis balik. Haaa! semua nak balik lah berbuka dengan family. Kami kan ala ala budak perantauan gituuu. Anis balik naik satu bas dengan Syida. Syida punya tiket bas double decker. Tapi bas yang sampai, bas biasa bukan double decker. Selalu nya naik bas, main naik je. tak kira dengan nombor seat tu. Dah Syida dapat tiker bas double decker, memang tak ada lah nombor seat dia dalam bas biasa tu. Ada dua seat kosong. Duduk kami berdua dekat situ. Dalam sepuluh minit macam tu, ada pulak owner seat tu datang. Memang kami berangkat duduk single seat dekat belakang. Seat asal Anis. Bas jalan macam biasa, Anis pun nak tarik lah langsir tu. Aishhh lelaki belakang ni. Pegi letak kepala dekat langsir tu pulak. hmmm berpanas lah Anis ni ha. Berbahang pipi kiri saya..
Macam ni lah jadi nya..


Kami berhenti dekat KL Sentral :) Lepas jalan jalan dalam tu,Anis teringat Anis tak bawak bekas nak letak contact lens -.-'' Terpaksa lah beli..hmm



 masa untuk pulang ke rumah. Mari kita berebut untuk naik KTM (Keretapi Tanah Melayu).
Coach wanita tapi ada lelaki dalam tu. Aishhh. Takkan tak nampak logo perempuan comel tu haaaa





Seronok dapat berbuka puasa dengan keluarga :) Lepas isyak bertolak balik ke kampung. Tok tak sihat. Dalam hospital lagi..Kesian sangat tengok tok macam tu... hmm Sampai hospital dalam pkul3 pagi. Memang mamai lahh. Layan Mc'D pulak. Paww abah hehe Abah pun layan pulak kan. Memamng kembang lah anak-anak dia nii hehe Sampai je hospital, makndak pakngah makngah paklang maklang ada duk bersahur dalam bilik tok. bersembang punya sembang, lentok tepi tu duluuu. Bangun bangun tengok nani pun ada dekat sebelah. Mengantuk tahu ?? hmm
Hari sabtu tok discharge. Lepas settle bayaran semua, tok dengan cu naik ambulans. Sebelum tu terdengar driver tu speaking okayy!!! dengan nurse tuuu. *mata bolatttt kejap*. Pakcik tu tua kott. Kaklong kata semua driver kena pandai speaking. Gerak untuk pulang ke rumah makchaq. Sementara tu kejapp...





Sampai je rumah makchaq semua terkejut mana Anis datang. Tak sangka la kott Anis balik pulak minggu puasa ni kan kan? heee.. Lepak belakang rumah kejap. Hujan renyai la katakan..

Ahad Anis balik dengan Murni disebabkan family amik cuti khas pulak Isnin tu. family tak dapat lah tak hantar Anis balik UiTM..

Terima kasih sudi baca :)

Wednesday, July 10, 2013

Kampung Girl

Assalamualaikum :)


Tak sabar nak habis kan baca novel ni



Semalam tengah siap-siap nak pergi pasar, room mate lama datang bertandang dekat bilik Anis ni ha.
Dia kata ada novel baru ke tak? hmmm Tak ada..
Dia kata ex room mate sorang lagi tu (Ainul) ada novel Kampung Girl yang ditayang kan selepas drama Saya Sebenarnya Isteri Dia.
Anis dengar je...."Anis nakk!! Anis cop"

Jeng jeng jeng..Anis mula membaca dah sekarang nii. :) Semangat nak baca sebab tak dapat nak tengok dalam tv la katakan..
Jom la kita sama-sama baca novel nii. Sekarang ni semua diadaptasi ke movie & drama. hehe



Ni SINOPSIS cerita Kampung Girl by 
PERKAHWINAN diaturkan oleh keluarga? Ashraf langsung tidak menyangka! Lebih memeningkan kepala, apabila dia mengetahui nama calon yang disebutkan oleh mummynya, Puan Mazlin. Ainnur! Si budak kampung itu?! Tidak mungkin.
“Orang tak nak kahwin dengan budak kampung tu… mummy jangan paksa Ash!” - Ashraf Khairi.
“Ain akan kahwin dengan abang Ash!” - Ainnur.
Dan jawapan itu cukup untuk membuatkan Ashraf kehilangan kata.
Bergaduh mulut? Itu merupakan perkara biasa bagi Ashraf jika Ainnur ada di depan mata. Pasti ada sahaja perkara yang hendak diperbalahkan.
“Dekat kampung kau tu dah pupus populasi lelaki ke sampai kau kena ke bandar nak cari calon suami?” -Ashraf Khairi.
Dan nada yang sinis itu cukup untuk membuatkan Ainnur naik darah.
Benarlah kata orang, kerana pulut santan binasa… kerana mulut? Jerat terkena diri pemangsa. Rancangan untuk menolak diri Ainnur merupakan titik tolak yang ‘menjahanamkan’ diri Ashraf.
“Ash nak ajak dia beli cincin tunang.” - Ashraf Khairi.
Lain yang dirancang, lain pula jadinya. Pertunangan yang diaturkan merupakan titik yang mengikat diri Ashraf dan Ainnur. Tapi siapa sangka, tarikh pernikahan yang semakin hampir mencemaskan Ainnur dek kerana ada ‘rahsia’ yang disimpan kemas daripada pengetahuan Ashraf. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah keadaan Ainnur di saat terpaksa menghadapi kemarahan Ashraf yang sememangnya sentiasa suka memarahi dirinya.
And what have you been thinking, doing such thing to me? Nak bagi aku nampak macam orang bodoh…” - Ashraf Khairi.
Kelu lidah Ainnur tidak mampu hendak menjawab. Terkantoi Ainnur dengan helahnya. Kesudahannya… Adakah Ashraf makin membenci? Adakah Ainnur menjauhkan diri? Tidak akan bertemukah dua hati ini? Akan wujudkah satu saat itu, di mana lelaki bandar ini jatuh hati dengan kampung girl yang dibenci?

Monday, July 8, 2013

Giveaway Gempak Raya 2013


ADA 43 PEMENANG YANG BERTUAH !!

Hadiah - Hadiah Menarik :

1- Skirt Stylista
2- Cursor Bertema
3- Top
4 - Dress
5- Topup RM5
6- Novel Adam Dan Hawa
7- Pretty Little Badge
8- Instant Hijab 
9- Bag
10 - Tudung/Shawl
11- Tudung Nur Kasih
12- Earring
13- Nano white infinity trial cream
14 - Perfume
15- Shawl + Inner
16 - Hair Ribbon Clips
17- Gelang
18- Shawl
19-Topup RM5