Wednesday, April 18, 2012

Akhirnya tengok jugak Battleship




dari minggu lepas lagi ramai orang duk update pasal Battleship.
jealous la pulakk -.-
mungkin sebab cerita tu best atau sebab cerita tu Rihanna berlakon? hmm
haziq cakap cerita tu best sebab dia dah tengok hari isnin kalau tak silap.
hati lagi membara la bila haziq cakap cerita tu best.
bila anis dapat tahu anis dapat off hari rabu,
time tu laaa anis nak pegi menghabis kan masa tengok cerita Battleship nie.
yeahh ! bila anis sendiri tengok cerita Battleship, best gila ! *tak tau nak habaq lagu mana..
sedih, seronok, kelakar.. :)
tadi time jalan-jalan cakap apa-apa je, alif ada je selitkan nama Don(kawan dia).
adoyai hahaha :D *macam macam abang sorang tu.

Friday, April 13, 2012

twitter yang berhabukk

Hari Jumaat, anis punya la sibukk nak jugak on twitter anis sebab dah berhabuk sejak balik UiTM.
kalau on pun, sekejap jee.. -.-


anis tengok ada post post Imran Ajmain. *pelik seketika
time bila aku follow dia ? ke aku dah follow, aku lupa ? hmm
tengok friend request. guess what ?!!
Imran Ajmain follow anis.. hahahaha
teruja bila artis follow twitter anis.yehaa :D



Sunday, April 8, 2012

kerja kata mari, mata kata tidur -.-

dah dua hari nie mula kerja.
kerja pun sebab nak beli barang yang anis nak. haha !
anis mula jadi trainee je dekat situ. first day, tumit kaki sakit *uwaaa :'(
anis start jadi trainee hari rabu. trainee 3 hari je.
staf yang lain cakap, sape yang dapat jadi staf dekat situ, memag bertuah sebab bos memilih sikit.
bukan tade orang apply kerja dekat situ. ade je. ramai pulak tu.
ade kes tu, tiga hari trainee, orang tu blaah.
yang lagi satu nie, trainee tiga hari, bos ta nak. *mungkin sebab dia ta memuas kan hati bos kot dengan prestasi dia.
anis kan ta confirm lagi kerja..tiba tiba bos cakap anis kerja ahad pagi tau. kira ahad tu memang dah hari keempat. whoaa ! :)


tapi, kepenatan dia. uish ! ta tahu nak cakap macam mana...
jam tangan punya pasal, nak jugak bertahan.


harap anis dapat bertahan.
Aaamin..