Assalamualaikum :)
1. Lemparan Tanah
Suatu ketika, baginda telah dihadang di jalanan oleh salah seorang peuda jahat Quraisy. Diraupnya tanah dan dilemparkan ke muka baginda. Namun, baginda tidak membalas. Apabila beliau tiba dirumah, puterinya membersihkan muka baginda dari tanah itu sambil menangis sedih melihat ayahnya diperlakukan sedemikian rupa. Dengan kesabaran dan kelembutan Rasulullah, baginda memujuk puterinya agar tidak menangis kerana Allah sentiasa di sisi baginda.
2. Cubaan membunuh
Suatu riwayat dikeluarkan oleh Ibnu Abi Syaibah, daripada Amru bin Al-Ash RA katanya: "Aku tidak pernah melihat kaumQuraisy yang hendak membunuh Nabi SAW seperti aku lihat pada suatu hari dibawah lindungan Kaabah. Mereka berpakat merencanakan pembunuhan baginda. Apabila
Rasulullah SAW datang dan bersembahyang di Maqam, lalu bangunlah Uqbah bin Abu Mu'aith menuju kepada Rasulullah dan membelitkan kain ridaknya ke tengkuk baginda. Lalu direntapnya dengan kuat sekali sehingga baginda jatuh tersungkur. Ketika baginda sedang sujud pula, Uqbah mencurahkan najis unta ke atas kedua belakang baginda.
Amat mustahil untuk kita terima bahawa seoarang Rasul, iaitu kekasih Allah diperlakukan sesuka hati. Namun, itulah hakikat yang wajib kita percaya bahawa kesusahan dan penderitaan Rasulullah jauh lebih dahsyat dibandingkan kita kini.
3. Hujan batu
Antara kisah yang paling menyayat hati, ketika baginda berangkat ke Tha'if. Baginda menemui suku kaum Tsaqif , menyeru mereka kepada Allah. Malangnya, kaum tersebut menolak seruan baginda dengan kata-kata hinaan. Ketika baginda hendak pergi meninggalkan Tha'if, mereka mengambil batu, lalu melemparkan ke arah baginda. Hamburan cacian dan ejekan diserti dengan batu-batuan terus mengenai semua anggota baginda hingga luka berdarah. Namun, baginda tetap terus tabah mengharap redha Allah.
Walaupun malaikat menawarkan untuk menghimpit dua bukit kepada kaum Tsaqif, baginda menolak. Bahkan baginda berdoa kepada Allah mengeluarkan tulang sulbi mereka, keturunan yang akan menyembah Allah kelak. Begitu mulianya peribadi baginda. Dilempar dengan batu dan cacian, namun dibalas dengan doa kebaikan.
*majalah Sinergi 10
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment