Friday, May 31, 2013

Cuti sekolah & cuti sem yang tinggal dua minggu

Assalamualaikum :)

Bila budak cuti sekolah, yang Anis ni duk fikir semester akhir yang nak mula dah ni. Anis harap yang Anis boleh buat yang terbaik untuk semester akhir ni.
Sejak tok jatuh toilet hari tu, tok dah jadi tak berapa nak sihat. Ibu apply cuti semigggu untuk jaga tok.
Kesian sangat dekat tok. Makan tak lalu, minum pun sama. Dengan makchaq yang jaga pun tak sihat jugak. Family gilir-gilir jaga tok.

Aktiviti balik kampung? Errr! Anis ni amik kesempatan sikit bila balik kampung. Nak pegi pekan la apa la.
Mula balik kampung tu kami satu family. tapi ,malam sabtu abah dah balik sebab tiket bas untuk ke KL habis. Naik la train sorang sorang abah tu ha. Ramai jugak la yang pegi hantar abah. Semua nak pegi menderma darah dekat nyamuk nyamuk yang ada dekat situ.
Lepas tata abah, kami semua pegi mamak Taman Pekaka alaaa yang dekat USM tuuuu (*,')
Duk ralit minum minum dengan Anis batuk nak demam semua siap, boleh lagi pegi lepak tengah malam. aiyeee upsss! Mama kata "ustaz Don". Boleh lagi kiteorg buat don't know je. HAHA
Kali kedua mama kata macam tu baru semua pandang. Yang Keon ni dah bangun siap.

taraaa!! amboi punya genyehh.
Ustaz Don kata baru balik dari Forum. Siap p lepak mamak lagi yee. hehe
Esok nya pegi jalan dekat ekspo. ehemm! panas okayyyy. *astagfirullahalazim..
Memang rambang mata terlampau okay. tudung, baju kurung, kasut. Tapi paling meriah baju kurung tu la sebab nak raya kan. Ramai yang nak perabeh kan stock la katanya. Anis pun tersangkut pulak dengan baju kurung. ehemmm! Ibu? jangan kata lah kan. hehe Mana Pegi adik adik? Dieorg tu kalau dah pergi rumah makchaq, sanggup duk situ je sbb boleh meronda dengan motor tu ha.



Abah pesan buat SSPN untuk adik adik sebab sekarang ni nak pinjam PTPTN kena ada SSPN kan? kira menabung jugak la tuu. 
  Lepas amik fatiha fitri dgn si montel, pegi Bank Islam. Staff tu kata if Nani nak buat jugak, rugi sebab genap je 18tahun kena buat balik atas nama sendiri. Kira macam rugi if buat sekarang. 
Aikk! boleh pulak macam tu ehh. hmmm Singgah Maybank kejap tanya pasal SSPN tu. Laaaa sini boleh pulak buat SSPN tu. cuma bawak ic org yg nak buat SSPN tu (dlm kes ni, salinan ic Nani,Nadiah dengan ic ibu).
Esok nya nak buat SSPN tu just bawak salinan ic Nani,Nadiah. See! senang je :) Staff Maybank tu kata nanti SSPN akan pos kan kad dekat alamat rumah. Okay..
Petang tu Anis meronda pulak dengan Nani. Nani asyik kata "jom lah jom lah".



Pemandangan dekat area rumah makchaq :) Tenang je. hijauuuu
Sampai sini je cerita Anis duduk rumah makchaq

2 comments: