Friday, April 5, 2013

Common test time study week? -.-

Study week nak relaks kejap dengan kerja yang banyak nak kena submit last minute. Tapi ada Common Test Public Speaking pulak hari isnin (25 March). Kalut lah membaca.
Ramai pulak bagi spot question.
bila jawab test tu, korang tahu tak yang sebijik sebijik spot question tu keluar. haha! Okay! ramai yang meniru. hahaha! keluar kan nota nota anda. 
Habis je test, ramai pulak yang nak balik. Anis nak balik jugak :( 
tapi parents ada dekat kampung. Kan tengah cuti sekolah. Lagi pun tok tak berapa nak sihat. 
Anis tanya che'a, nak balik rumah ke? Che'a nak balik rumah lah tumpang wana sampai Medan Kit, Ipoh.
fikir fikir sambil jalan balik bilik. Okay! call Mr.H. haha dia mamai pulak time tu. kata balik jelah.
Set! balik kampung! Jalan laju-laju sebab tak prepare apa-apa langsung ni.
Duk sumbat je baju dalam beg, Che'a text "anis, kiteorg kat bawah dah ni".
Cepattt nya. 
Nasib lah tak pergi mana. balik kampung je. hehe
oyeahh! suka gitu.
Sampai je Medan Kit dalam pkul12 lebih. Bas baru je lepas. Pulak dah..
Next, pukul1 kalau tak silap. GRRR! Bas rosak :(
Terpaksa naik bas pukul330. hmm..
Bas dah menyanyi lagu anak itik tok wi dah ni.
Nak makan dekat Medan Kit tu, tapi tak lalu lahhh
Jalan lah sikit dekat depan tuu. Kedai macam kedai mamak, tapi pekerja dia bukan mamak. makan jelah! jangan nak tengok orang sangat.
Nasi separuh, Ayam masak merah dengan sayur bayam, teh o ais, RM6.80.
mahal lah jugak tu kan. tape lah. Kang tak makan, pengsan pulak tengah jalan tu ha.
Sementara nak tunggu bas buka pintu,  main game pou dekat phone Murni. Best lah game tu !
Murni naik bas ke Kamunting dulu pukul3. tataa awak :)
Okay! Masa untuk naik bas. Bas jalan je, tidur time. mengantuk teramat ohhh.
Dalam pukul5 lebih sampai lah ke tempat yang ingin dituju :)
Yeayyy! Kampung kampung kampung


No comments:

Post a Comment