Thursday, January 5, 2012

kad ulangtahun perkahwinan :)


hari nie dalam kelas BM belajar buat kad rasmi n kad tidak rasmi.

bila part kad tidak rasmi tu, punya banyak laa kiteorang bagi contoh.
kad harijadi, kad tahniah, kad hari kekasih, kad menyambut orang baru (baby), kad ulangtahun perkahwinan, kad merdeka, kad hari raya, kad hari natal n sebagainya.
lepas satu-satu lecturer suruh kawan-kawan anis buat. sampai part anis, lecturer bagi kad ulangtahun perkahwinan. kena la buat ayat dalam kad tu.
nak tahu ape anis tulis ? haha ! *segan pulakk.


"Setelah 5 tahun kita hidup bersama , tarikh ini menjadi saksi kita bersama. Adinda bahagia disamping kekanda.Terima kasih kerana kekanda sudi mengambil adinda sebagai suri hidup kekanda dan ibu kepada anak-anak kita. Selamat ulangtahun sayang..
Saya milik awak, awak milik saya,
saya berjanji saya akan sentiasa disamping awak,
menyayangi awak kerana tidak ada orang lain yang akan menyayangi awak lebih dari saya".

*ayat tu anis saje nak share dengan pembaca. terima kasih sebab sudi membaca :)

No comments:

Post a Comment